Hello semua! It’s been a long time since aku review pasal buku. Sekarang, sebab aku baru je abes baca “Travelog Rabak”, meh sini aku nak citer sama korang apa pendapat aku kepada buku ni.
Ok fine, aku review sebab membe baek aku, Muhsin Abdul Razak a.k.a Seyn adalah salah seorang penulis buku neh. Bangga seh ada member aku penulis. Member wartawan aku dah ada, member pembaca berita dah ada. Now, penulis. Woah! Nevermind, rezeki ada di mana², dan mungkin rezeki budak ni di area penulisan.
Aku beli buku ni online. Korang nak jugak ke? Kalau nak jugak, baek korang try tengok di Sang Freud Press Facebook. Di situ ada cara² pembelian secara atas talian (online). Hikhikhik.
Waktu Sang Freud Press nak hantar, hati aku da melonjak girang sebab nak baca hasil penulisan Seyn. Ye lah, ni kire macam diari bagi Seyn la. Diari di mana die menceritakan perjalanan die ke pantai timur. Hati semakin melonjak bile aku nampak ada parcel besar dalam peti surat rumah aku, siap parcel tu tak boleh nak muat dalam parcel box tu lah, terkeluar-keluar lagi. Haha. Sewaktu nampak parcel aku agak dalam parcel box tu mesti prefume aku beli online; kalau tak pun mesti surat cinta yang dibalas oleh Rosmah Mansor (yang ditulis secara panjang dan dijadikan buku untuk aku baca). Kalau bukan kedua-dua yang aku sebut, mesti buku yang aku beli online (which is: this is the first time). Sebab buku ni susah nak dapat di kedai² buku. Al-maklumlah, mula² kena la dijalankan secara indie, dan kemudian baru leh masuk mainstream!
Aku takmo citer pasal Ahadiat Seyn je (tetibe tuka nama plak macam Ahadiat Akasha), sebab dalam buku ni ada 3 gabungan penulis yang mengarang perjalanan mereka ke pantai timur. Ada Shima Scarlett ngan Mohd Jayzuan. Mereka ini aku tidak kenal, dan sudah semestinya sewaktu pertama kali aku dapat buku ni, aku akan terus buka muka surat bawah neh!
Seyn
Riot!
Wah, kelas kau maria! Riot eh? Hurm. Aku suka untuk bercerita tentang penulisan member sendiri sebab aku dah kenal budak ni agak lama. Ada iras² jugaklah penulisan dia dengan sikap dan sifat yang memang aku dah kenal tu. Salah satunya ialah penggunaan bahasa dan gaya penulisan. Dah sah² ayat yang selalu keluar dari mulut die akan tertulis jugak kat situ. Hew hew hew.
Lagi satu, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka semua memang tercatit dalam tu (tapi ni mungkin tak banyak la). Contoh seperti suka singgah bundle dan carik apa yang rare! Kemudian suka tido! Dan lagi satu, pikir masa depan. Semua ni ada tercatit dalam buku tu dan memang clearly and obviously itulah Seyn yang aku kenal.
Kejap!
Aku citer pasal Seyn ke, aku nak review pasal buku neh? Adeh. Silap plak. Sorry korang. Aku obses pada penulisan Seyn kot? Haha!
BTW, buku ni menceritakan pasal 5 orang rakan yang pergi road trip ke Pantai Timur. Lagi dua orang hanya ditugaskan mengambil gambar je, bukan untuk menulis. Hurm, banyak jugak tempat diorang singgah. Citer pasal makanan, pasal tempat tidur, pasal member, pasal aktiviti dan macam² lagi.
Apa yang aku suka?
Pertama sekali sudah tentu bahasa yang mereka gunakan. Memanglah rojak, dan aku tidak nafikan aku lebih suka bahasa yang lengkap digunakan demi menjaga martabat bahasa sendiri. Tapi bukan apa, zaman sekarang ni orang nak baca something fun dan mudah difahami, macam blog aku. Woha! *tetibe mengangkat diri sendiri kan~~~
Kedua, aku suka penulisan diorang ni sebab ketiga-tiga penulis mempunyai imaginasi yang tinggi. Contoh seperti Jayzuan yang citer memula pasal member² marah sebab lambat ke hape ntah, die kena tampor, dan tetibe die dah ada di Pantai Timur. That was out of my expectation! Haha. Lawak jugaklah bila first time baca.
Ketiga, dalam buku ni kan ada 3 penulis, dan storyline road trip diorang sudah semestinya mengikut kronologi. Contohla Jayzuan citer pasal A, B dan C, kemudian sambil die citer B, die akan kutuk Shima. Bila bukak page Shima plak, Shima akan citer pasal A, B dan C jugak, tapi dengan cara laen dan obviously akan mempertahankan diri sambil menghanjing yang lain plak. Aku suka akan susunan kronologi citer diorang ni. Menarik untuk baca sampai abes.
Setakat ni, aku rasa itu je la kot aku nak hupdate pasal buku neh. Papepon, korang kena la baca sendiri. Hew hew hew.
Aku rasa untuk harga yang ditawarkan, memang sangat berbaloi. Aku beli dan aku rasa puas membaca nukilan diorang. Ya, at first aku beli sebab aku nak tolong member aku sendiri. He’s my brother yo! Hikhikhik.
Kalo korang nak tau lebih lanjut, belilah sekarang, jangan menunggu bulan jatuh ke riba. Woha!
Till then, ciaw~~~
