Okay, korang ingat aku citer pasal Tube Slide? Kalo tak ingat takpe lah. Korang yang suka nengok pasal makanan akan terus melihat gambar makanan je pon. Bukan korang nak baca pun kan? Aku just nak gtau aku ke restoran ni setelah aku maen Tube Slide kat Empire Shopping Gallery.
Nama restoran neh: The Big Mouth. Terletak kat USJ 9, aku memang carik gak restoran neh sampai jumpe. Berkat pertolongan En. BB dengan bantuan Mrs. Google Map, dapat jua aku menjumpai restoran neh!
Ada sebab restoran ni diberikan nama The Big Mouth. Sebab kononnya makanan yang diberikan adalah dalam portion yang besar dan kena makan dengan mulut yang besar. mari kita saksikan makanan²nya…
Ops! Lupe nak citer pasal air dulu. Ni healthy drink. Campuran epal ngan sayur ape ntah. Membe aku amek, jangan arap aku yang nak minum! Hew hew hew.
Air aku amek? Mestilah yang best! Campuran epal ngan tembikai ngan carrot n satu buah tak dapat dikenal pasti lagi. Namanya (aku pon dah tak hengat) *camnelah nak review makanan kalo tak hengat nama neh Naim!
Oh ye, harga 2 gelas kat atas ni sangatlah berpatutan. Hanya RM6.90 segelas. tapi die punya tarikan memang rasa cam harga RM10 punya! Terbaek wok!!!~~~
Okay, setakat ni aku nak cakap ngan koranglah, mushroom soup yang terbaek aku penah rasa, kat restoran ni lah. Memang special weh! Terasa akan kemushrooman soupnya! *rosak bahasa.
Harga pon okay jek, RM4.90 semangkuk. Nak matchkan makan mushroom soup, mestilah ada garlic bread kan? Tadaaa~~~
Garlic bread ni memang best, tambah lak dicicah ngan mushroom soup terbaek aku pernah rasa. Pehhhh! Tapi aku rasa untuk 4 keping garlic bread ni tak berbaloi. Harga RM 5.90. Celah gigi aku je kot! Tak seswai dengan nama Big Mouth pon! Hew hew hew.
Okay, sebab aku bawak membe yang tahap lapanye yang amat, die amek lamb chop. Besar punya! Ha, ni memang ada kaitan ngan Big Mouth sebab portion agak besar. Harga pon okay lah, RM12.90. Aku amek ape? Jeng jeng jeng~~~
Burger! Well, u know me~~~ Dah terbiasa ngan makanan Mat Saleh kan. Hew hew hew. Harga RM10.90, sangat berbaloi sebab susah aku nak abeskan sorang². Ada potato ngan coleslaw skali. Memang payah gile nak abeskan. Pahtu daging ayam dalam burger tuh bukannya dibeli dari pakcik Ramli, tapi diorang kisar sendiri dan dilenyekkan menjadi burger ayam. Penuh kot rasa ayam dalam tuh. Ni pon antara burger best yang aku penah rasa. Serious tak tipu!
Kan aku dah cakap, memang besar nak kena bukak mulut! Adeh! Aku rasa sakit rahang sebab makan kat sinilah! Aku dah tau mana datang sakit neh!!! ![]()
Overall, aku suka ngan tempat neh. Suasana English dalam restoran ni pon menggamit suasana England yang ada dalam diri aku neh. Muahaha! Layanan dari pekerja yang tak berapa paham Bahasa Inggeris membuatkan malam aku sedikit happy! *tetibe kan~~~
NHL’s Stomach Meter:
P/S: First time aku menganugerahkan A+ kepada restoran! Memang aku sukelah! Akan aku datang lagi! Next series??? Please refer below.
Tadaaa~~~
Aku muncul kembali ke restoran ini. Kali ni aku datang sorang ketika lunch time. Ye lah, time ni aku ada meeting kat area USJ, so aku pon TERpaksalah menyinggah di restoran neh.
Ada set lunch! Wah! Aku ingat makanan barat sahaja! Aku pon cuba lah amek set lunch tuh. Ada nasi goreng (daripada banyak pilihan) dan air ice lemon tea. harga hanya dari RM 9.90. Peh! Memang terbaeklah!
Mengingatkan makanan yang dah dirasa arituh, aku pon dengan tanpa segan silu mengorder lunch set yang ada Nasi Goreng Tomyam dengan Ice Lemon Tea.
Takdelah special sangat cam air sblom ni. Ice Lemon Tea je kot? Hew hew hew.
Nasi goreng tomyam, agak biasa rasanya. Mungkin kerana specialitynya masih lagi makanan Barat. Give me back my western food! Haha!
Overall untuk lunch, aku rasa biasa sahaja. Tidak ada ape yang perlu dibraggingkan sangat. Layanan maseh biasa. Still susah nak paham English. Haha! Tapi papepon, lunch time penuh dengan umat manusia okeh! Aku taktau mana datang semua umat kat USJ tuh. *sedangkan memang business area~~~
Aku tidak akan mengubah keputusan aku, hanya perlu sedikit amendment…
NHL’s Stomach Meter:
UNTUK CERTAIN MENU (MAKANAN BARAT) SAHAJA
P/S: Kalo nak review kena try semua makanan kan? Sape nak sponsor weh? Muahaha~~~
P/S/T: Nak jadi program cam Maria Tengku Sabri lah, dapat rasa semua makanan secara percuma kot! Hew hew hew.
0 komen:
Post a Comment